Isnin, 12 Julai 2010

:: HARI MESRA WARIS ::


Hari Mesra Waris telah berlangsung pada 29 Jun 2010. Ibu bapa dan waris pelajar akan berjumpa guru kelas untuk mengetahui tentang pencapaian pelajaran anaknya di sekolah. Hari ini juga membolehkan ibubapa dan waris bertanya tentang tahap kecenderungan anaknya. Pihak guru dan warga SKPTM berharap agar ibubapa dan keluarga dapat turut serta memantau pembelajaran anak-anak di rumah. Bersama-sama kita membina masa depan yang gemilang demi anak-anak.






1 ulasan:

unit pentadbiran / kurikulum berkata...

Alhamdullillah, sambutan dari para waris yang prihatin terhadap pelajaran anak-anak mereka sangat memberangsangkan. Diharap kerja sama daripada waris akan berkekalan demi kemajuan anak-anak mereka di masa depan. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi hadir.